comscore
Tumpuan :
Nasional

Terima rasuah RM11,000 , 4 kakitangan perubatan hospital ditahan SPRM

Foto: NSTP

SEREMBAN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan empat kakitangan perubatan awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100 hingga RM600 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM11,000 sebagai balasan menawarkan kerja-kerja pengurusan mayat bukan Islam di sebuah hospital di negeri ini.

Sumber memberitahu, tiga suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai ditahan antara kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam tadi di pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika diminta hadir memberi keterangan.

Beliau berkata, kesemua suspek yang bertugas di hospital yang sama dipercayai menerima wang rasuah melibatkan kira-kira 42 transaksi bank daripada dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan mayat di antara tahun 2022 dan hingga 2023.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, keempat-empat suspek akan dibawa untuk tujuan permohonan reman di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban esok.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini