comscore
Tumpuan :
Nasional

[TERKINI] PRK KKB: Calon PH mendahului tiga pencabar lain (Tidak Rasmi)

KUALA KUBU BHARU: Penjumlahan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu ketika ini berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Berdasarkan laman web rasmi DAP setakat jam 7.19 malam, meletakkan calon Pakatan Harapan(PH) Pang Sock Tao di depan dengan memperoleh 5,154 undi jauh meninggalkan 3 lagi pencabarnya.

Manakala calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut mendapat 2,780 undi, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan calon Bebas Nyau Ke Xin masing-masing hanya memperoleh 37 dan 58 undi.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Kesemua calon bagaimanapun tidak turun mengundi kerana pengundi luar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini