comscore
Tumpuan :
Nasional

Terlalu banyak gambar dalam telefon petanda ‘hoarding disorder’?

Foto hiasan

Oleh: Luqman Kamal

Menyimpan gambar yang terlalu banyak dalam peranti digital seperti telefon bimbit, rupa-rupanya boleh menyumbang kepada penyakit mental iaitu ‘hoarding disorder’.

Tidak ramai yang tahu, selain melibatkan barang fizikal, ‘hoarding disorder’ juga boleh terjadi menerusi penyimpanan secara digital.

“Contoh ambil gambar. Kita ambil gambar banyak-banyak. Gambar yang blur, muka tak lawa, silau, kita tak buang. Kita biar sebab kita rasa storage telefon kita besar,” kata psikologis klinikal, Aiman Amri.

Jelasnya lagi, “Kalau kita rasa masih nak simpan, sayang nak buang, itulah yang akan jadi permulaan kepada hoarding.


 

APA ITU ‘HOARDING DISORDER’?

‘Hoarding disorder’ adalah sebuah kondisi di mana seseorang menghadapi kesukaran untuk membuang atau berpisah dengan barang atau harta, kerana merasai keperluan untuk menyimpan barang tersebut.

Menurut Aiman, ‘hoarding disorder’ boleh dikategorikan sebagai penyakit mental.

Psikologis klinikal, Aiman Amri.

Hoarding disorder adalah sebahagian daripada OCD (obsessive compulsive-disorder), spektrum atau sub type OCD. Ia juga berkaitan anxiety.

Hoarding disorder adalah sejenis penyakit mental di mana seseorang itu ada compulsive action yang menyebabkan dia rasa kena kumpul, ada masalah untuk membuang, justeru dia rasa barang tu sebahagian daripada diri dia.

“Dia akan rasa stress kalau dia buang, rasa tertekan, anxious, sampai dia nak cari balik barang tu dan masukkan balik dalam rumah,” katanya.

Foto: NSTP

Kebiasaannya isu ini menjadi ketara dalam kalangan individu berusia 30 tahun ke atas.

“Bukan sebab mereka baru sakit. Tapi sebab barang dah terkumpul lama daripada muda kan. Akhirnya umur 50-60 barulah dia nampak. Sebab benda tu dah ketara kan.”


 

MENGUMPUL BUKAN ‘HOARDING’

Jangan salah tafsir ‘hoarding’ dengan mengumpul atau hobi. Menurut Aiman, mengumpul barang kebiasaannya bersifat spesifik.

“Contohnya dia simpan stem, syiling, komik. Biasanya yang menyimpan ni adalah collectors, dia simpan dan susun dengan cara tertentu, tak memberi kesan negatif sangat pada diri. Sebab dia boleh jadi hobi atau investment. Macam simpan syiling lama, semakin lama, nilainya semakin bertambah.

“Tapi kalau hoarding ni dia berbeza. Dia biasanya simpan barang yang tak guna pun dan tiada nilai.”


 

SIMPTOM-SIMPTOM ‘HOARDING DISORDER’

Terdapat beberapa simptom atau petanda menunjukkan seseorang itu cenderung mempunyai ‘hoarding disorder’.

Antaranya sukar untuk melepaskan sesuatu barang. Menurut Aiman, seseorang yang mempunyai gangguan tersebut akan tertekan jika barangnya dibuang.

Foto hiasan

“Dia ada rasa stress yang melampau kalau dia buang. Kalau orang lain yang buang lagi lah dia akan stres, mengamuk, boleh sampai bergaduh dalam family,” katanya.

Tambah beliau, seseorang itu akan mempunyai rasa ‘anxious’ ketika hendak membuang sesuatu barang.

“Contohnya macam mainan rosak. Dia ada rasa macam ‘eh ni boleh elok lagi, boleh baiki lagi ni’. Jadi dia ambil dan dia simpan sebab dia rasa macam dia perlukan. Dia rasa anxious kalau dia tak ada benda tu.”

Simptom seterusnya ialah mengambil barang yang tidak diperlukan. ‘Hoarding disorder’ kebiasaannya bermula apabila seseorang itu mengumpul barang-barang yang tidak diperlukan seperti tisu, sudu plastik, pen, resit dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak.


 

KESAN-KESAN ‘HOARDING DISORDER’

Menurut Aiman, ‘hoarding disorder’ akan mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri atau orang sekeliling jika tidak dirawat. Berikut adalah antara kesannya:

1. Minda bercelaru

Hidup akan menjadi kucar-kacir, tidak tentu arah dan tidak tersusun kerana rumah atau tempat tinggal mereka bersepah. Kecelaruan ini akan memberi kesan kepada pemikiran; mereka susah untuk membuat keputusan.

2. Keinginan menjadi ‘perfectionist’ melampau

Kesempurnaan di dalam konteks ini bermaksud seseorang itu rasa semua benda perlu disimpan, dikumpul dan sebagainya. Disebabkan ‘perfectionism’ yang melampau, ‘mental energy’ mereka akan terjejas. Sedangkan tenaga itu sebenarnya boleh disalurkan untuk perkara yang lebih penting seperti fokus kepada keluarga dan kerjaya.

3. Susahkan orang sekeliling

Apabila mengumpul barang terlalu banyak, rumah atau tempat tinggal akan menjadi sempit dan bersepah. Ia sekali gus akan menyebabkan ahli keluarga atau orang sekeliling mengalami kesukaran untuk bergerak.

4. Menyumbang kepada kebakaran

Bila terlampau banyak barang yang terkumpul, ia akan menyebabkan kawasan tersebut berisiko untuk menjadi ‘fire hazard’. Jika berlaku kebakaran, api akan mudah merebak dan menyebabkan kebakaran menjadi lebih teruk.


 

CARA MENGATASI ‘HOARDING DISORDER’

1. Melakukan ‘spring cleaning’

‘Spring cleaning’ bermaksud memunggah keluar barang dari bilik, mengasingkan barang yang rosak, tidak digunakan, untuk dibuang dan sebagainya. ‘Spring cleaning’ bukan sekadar dapat membersihkan rumah malah dapat bersihkan hati dan jiwa.

Foto hiasan

2. Menderma atau mengitar semula

Daripada membuang barang, lebih baik kita memberikannya kepada golongan yang lebih memerlukan. Sebagai contoh, meletakkan pakaian kita ke dalam ‘donation box’ atau tong kitar semula, sedekah kepada orang miskin dan menderma kepada NGO yang berkaitan. Dengan cara menderma atau mengitar semula, kita tidak rasa seperti membuang, sebaliknya menyalurkannya untuk tujuan bermanfaat.

Foto hiasan

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini