comscore
Tumpuan :
Nasional

Tersepit bawah teksi, pemandu e-hailing maut 

SEPANG: Seorang pemandu e-hailing maut selepas tersepit di bawah teksi yang melanggarnya ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar mangsa, pemastautin tetap(PR) Abd Ghani Abd Karim berusia, 57.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Terdahulu bomba menerima panggilan mengenai kemalangan jam 6.57 pagi tadi sebelum pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikerah ke lokasi kejadian.

Kata Ahmad Mukhlis kemalangan membabitkan tiga kereta di mana seorang lelaki berusia 40-an tersepit di bawah teksi dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa sebelum itu keluar dari keretanya yang terbabit kemalangan sebelum sebuah teksi terlanggar mangsa menyebabkan dia tersepit di bawah kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini