comscore
Tumpuan :
Nasional

Tertusuk besi pengutip sawit di perut

SANDAKAN: Seorang pekerja ladang cedera selepas besi yang digunakan untuk mengutip sawit tertusuk di bahagian perutnya.

Kejadian berlaku di sebuah ladang sawit, di sini pagi tadi, ketika mangsa sedang mengutip sawit.

Mangsa, 21, kemudian segera dihantar ke Hospital Duchess of Kent.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas sukar untuk mengeluarkan besi berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Severinus Nidzam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan dari Bahagian Kecemasan hospital, 10.35 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Mangsa lelaki tertusuk besi alat pengutip sawit (Loading Spike T-Handle) di bahagian perut ketika menjalankan aktiviti mengutip sawit. Pasukan bomba bertindak memotong besi dengan menggunakan mesin grinder,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diserahkan semula kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini