comscore
Tumpuan :
Nasional

“Teruskan kerja sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat” – Hajiji

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan replika kunci kereta kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulaman, Murnih Lamsari pada majlis penyerahan kenderaan rasmi jenis hilux kepada 21 Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di Lobi Utama, Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Teruskan kerja sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat, itu fokus Kerajaan Negeri Sabah ketika ini ujar Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor apabila ditanya media mengenai pelbagai isu berkaitan perkembangan politik semasa negeri itu.

Beliau turut berharap pihak yang masih mempunyai niat lain harus memberi fokus kepada kebaikan, perpaduan dan pembangunan negeri dan rakyat Sabah terlebih dahulu.

“Kita teruskan kerja kita sebagai sebuah Kerajaan yang bertangugngjawab kepada rakayat kita mendapat kepercayaan semua pun tahu keadaan kerajaan kita sekarang ini dan saya berharap mereka yang masih mempunyai niat yang lain mesti memberi fokus kepada kebaikkan negeri kepada perpaduan kepada pembangunan negeri dan rakyat, kita akan selesaikan (isu berkaitan politik) kemudian sabar” katanya.

Datuk Seri Hajiji ditemui media selepas melancarkan Majlis Penyampaian Kenderaan pacuan empat roda (4×4) kepada Pejabat Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di Menara Kinabalu, hari ini.

Kerajaan Negeri sebelum ini menyaksikan berlaku beberapa siri rombakan kabinet negeri membabitkan jawatan Menteri dan Pembantu Menteri manakala pentadiran di peringkat UPPM pula membabitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan DUN masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Terdahulu pada Ahad lalu, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memaklumkan bakal mengetuai sebuah parti politik baharu dikenali Parti Gagasan Rakyat Sabah atau singkatannya Gagasan Rakyat namun sehingga kini tidak menyatakan maklumat lebih terperinci mengenainya.

Isnin lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama UMNO Sabah berkata UMNO Sabah kini mengambil pendekatan “tempoh bertenang” mencari titik persefahaman termasuk mengambil kira pandangan parti politik lain terutama dalam memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah.

Loading...
Terkini