comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Teruskan perjuangan demi keamanan, kesejahteraan negara’ – Ketua Polis Negara

Foto: Facebook Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa perayaan Aidilfitri diingat meneruskan perjuangan demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, segala khidmat bakti yang dicurahkan pasti memberi imbalan yang terbaik dari Allah SWT di akhirat kelak.

“Tidak putus doa dan harapan jua buat saudara kita yang berada di Palestin. Mereka ini dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan serta cengkaman oleh musuh Islam.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan kepada mereka pada hari kemenangan ini,” katanya dalam ucapan Aidilfitri yang disiarkan di Facebook rasmi PDRM, hari ini.

Tan Sri Razarudin turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh warga PDRM serta seluruh umat Islam.

Beliau mengingatkan supaya meraikan kemenangan dengan saling bermaafan dan menguatkan kembali jalinan silaturahim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini