comscore
Tumpuan :
Nasional

TH sahkan mesej rayuan mengerjakan ibadah haji masih dibuka palsu

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Tabung Haji TH mengesahkan dakwaan bahawa rayuan mengerjakan haji musim 1444 hijrah masih dibuka adalah palsu.

Menerusi satu kenyataan hari ini TH turut menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan mesej terbabit.

Sebelum ini tular di aplikasi Whatsapp yang memaklumkan bahawa rayuan mengerjakan haji masih boleh dilakukan.

Semalam, Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman memaklumkan kesemua 31,600 kuota jemaah yang diperuntukkan untuk musim haji kali ini telah penuh.

Susulan itu, rayuan haji yang dibuka sebelum ini ditutup sepenuhnya.

Loading...
Terkini