comscore
Tumpuan :
Nasional

TH terima anugerah Perkhidmatan Terbaik Pejabat Urusan Haji oleh Arab Saudi

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) terus mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi apabila menerima Anugerah Labaittom buat kali kedua berturut-turut bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan disediakan oleh Pejabat Urusan Haji.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang turut menerima anugerah berkenaan daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Beliau berkata, anugerah itu disampaikan melalui satu majlis yang turut dihadiri pelbagai negara di Makkah, semalam.

“Inilah apa yang sentiasa saya mahukan kepada pihak pengurusan TH untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Haji Malaysia. Pencapaian adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada jemaah haji Malaysia yang sentiasa memberikan kepercayaan penuh kepada TH. Ia satu amanah besar kepada kami.

“Tahniah buat pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja TH,” katanya melalui Facebook sebentar tadi.

Loading...
Terkini