comscore
Tumpuan :
Nasional

The Pocket Rocketman raih gangsa di Brisbane

FOTO: Azizulhasni / X

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan beliau di suku akhir acara pecut lelaki, semalam.

Pingat emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 Matthew Richardson manakala Matthew Glaetzer meraih perak.

Pada aksi suku akhir acara pecut semalam, The Pocketrocketman tewas 0-2 kepada Glaetz di kejohanan yang berlangsung selama lima hari dan berakhir pada 5 Mac.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini