comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada bonus untuk penjawat awam

 

Anwar menyantuni orang ramai semasa meluangkan masa mengunjungi Bazar Ramadan Mahkota Square petang semalam.- Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUANTAN: Tiada pemberian bonus untuk penjawat awam sempena Aidilfitri tahun ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk tujuan sambutan berkenaan.

“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah, untuk skim persaraan akan naik lagi.

“Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam, RM2,000 itu untuk raya sekalilah tu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini petang semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Anwar menerima kuih daripada penjaga di Bazar Ramadan Mahkota Square petang semalam. 

Pada 15 Mac lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa agar kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat dilaporkan merayu supaya kerajaan mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Anwar menjelaskan, kerajaan baharu sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Februari lalu.

“Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah.

“Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji,” katanya.

Loading...
Terkini