comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada halangan ahli politik masuk universiti – KPT

JOHOR BAHRU: Tiada halangan dikenakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap mana-mana pihak termasuk ahli politik daripada memasuki dan menganjurkan program di universiti awam negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun menegaskan perkara itu tertakluk kepada kebenaran pengurusan universiti berkaitan.

“Dari segi kementerian, kita memang tiada halangan untuk mana-mana pihak untuk memasuki universiti.

Khamis lalu, Dialog antara Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang dijadualkan berlangsung malam itu gagal selepas beliau dihalang memasuki pagar universiti berkenaan.

Ia berikutan, pihak pengurusan memberikan alasan bagi menjaga keharmonian universiti.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dilaporkan menyifatkan alasan UiTM tidak meluluskan sesi dialog dengan pelajar pada Khamis demi mengekalkan “keharmonian” tidak masuk akal.

Katanya, program bertajuk “Pelajar Praktikal Bukan Buruh Paksa” adalah sesi dialog aman antara pelajar dan ahli panel.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO meminta supaya Syed Saddiq dan pengurusan UiTM bersemuka supaya program yang diatur itu dapat dilakukan selepas ini.

“Mungkin berlaku salah faham dari segi komunikasi. Dalam hal ini saya bagi pihak kementerian berharap agar kedua-dua pihak dapat berjumpa dan mengatur semula program berkenaan agar dapat dibuat sekali lagi,” katanya lagi.

Loading...
Terkini