comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada halangan ke laut musim tengkujuh

Foto NSTP

BESUT: Agensi kerajaan tidak menghalangan nelayan turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka mesti berwaspada dan sentiasa mengikut perkembangan cuaca.

Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusoff Othman, berkata nelayan diminta merujuk kepada arahan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, jika laut terlalu berbahaya, mereka dinasihatkan tidak keluar kerana bimbang boleh mengancam nyawa.

“Mereka juga diingatkan supaya sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang berada di laut serta membawa ubat-ubatan supaya jika berlaku sebarang musibah, boleh bersiap sedia lebih awal,” katanya di Kampung Lampu, di sini.

Hadir sama Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Rosli Mustapa.

Yusoff berkata, sebanyak 1,000 tan stok simpanan ikan segar beku Q’Fish juga akan digunakan sepanjang tempoh musim tengkujuh kali ini.

“Kita sudah menyediakan bekalan ini sejak tiga bulan lalu untuk mengatasi kenaikan harga dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata, bekalan Q’ Fish ditempatkan di 130 bilik sejuk LKIM dan dijual dengan harga RM10 sepeket.

“Antara ikan yang dijual menerusi kaedah itu ikan kembong, selayang, selar dan cencaru,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini