comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada kejadian culik berlaku di Felda Pasak 

KOTA TINGGI: Polis menafikan kejadian murid diculik tiga lelaki India di Felda Pasak di sini, seperti yang tular di aplikasi WhatsApp sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Isnin lalu, polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak berkenaan berhubung perkara itu.

“Namun, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kejadian culik yang berlaku di felda berkenaan.

“Tiga lelaki India yang dinyatakan sudah ditemui dan mereka adalah pekerja dari panel syarikat (astro),” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu mesej tular itu mengingatkan kepada ibu bapa tahap satu dan dua sekolah di felda berkenaan supaya segera mengambil anak masing-masing selepas tamat waktu persekolahan.

Mesej itu juga meminta ibu bapa yang memiliki anak kecil supaya berhati-hati kerana berlaku kejadian budak nyaris diculik di sekolah itu yang didakwa dilakukan tiga lelaki India menaiki kereta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini