comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Tiada keperluan bina hospital medan diseluruh negara ketika ini’..

KUCHING: Tidak terdapat keperluan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membina hospital medan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan trend kenaikan pandemik COVID-19.

Ia susulan trend jangkitan termasuk statitik kemasukkan ke hospital akibat jangkitan pandemik terbabit merekodkan penurunan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata pembinaan hospital terbabit dilakukan secara ad hoc bergantung kepada keperluan ataupun sekiranya terdapat ledakan jangkitan yang tinggi di seluruh negara.

“Buat masa ini tiada keperluan untuk kita adakan hospital-hospital medan di seluruh negara bagi tujuan itu.

“Bagaimapun kita akan bersedia dengan sebarang kemungkinan disebabkan kita sekarang ini sudah sampai ke peringkat hidup bersama dengan virus ini seperti mana kita hidup bersama dengan virus influenza A, H1N1 dan yang lain itu.

“Justeru adalah tidak perlu untuk kita rasa terlalu bimbang ataupun terlalu cemas dengan keadaan semasa COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke tapak Hospital Petra Jaya di Kuching.

Bagi minggu epidemiologi berakhir 7 Januari lalu, seramai 791 pesakit dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 untuk kategori 3 hingga 5 manakala 23 ribu 144 lagi menjalani kuarantin di rumah.

Pada Disember tahun lalu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu Sarawak wujudkan tiga buah hospitral medan di Kuching,Sibu dan Miri sebagai langkah untuk berhadapan dengan trend kenaikan kes jangkitan COVID-19.

Hospital berkenaan yang beroperasi menggunakan konsep operasi hospital medan kekal tanpa perlu dilakukan pemindahan kemudahan peralatan perubatan seperti konsep operasi ketika pendemik tiga tahun lalu.

Loading...
Terkini