comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada keperluan buka kasino kedua di Malaysia – PM

 


Oleh: Hilmi Abdul Malik

DOHA: Tiada keperluan untuk membuka kasino kedua di negara ini menerusi pemerintahan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya negara akan menumpukan kepada elemen transformasi digital, peralihan tenaga, serta pembangunan kecerdasan buatan (AI) untuk terus memacu kemajuan negara.

“Sememangnya tidak! Tiada keperluan untuk Malaysia ceburi perniagaan kasino kedua. Kami tumpukan kepada transformasi digital, peralihan tenaga, dan juga AI.

“Kami percaya ini sudah cukup memadai untuk terus memacu negara ke hadapan,” katanya ketika di Forum Ekonomi Qatar 2024 hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini