comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada keperluan wujudkan Kampung Baru sebagai tapak UNESCO

 

Foto: NSTP

Oleh: Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampung Baru yang merupakan kampung terawal di Kuala Lumpur untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu bagi memastikan sebarang cadangan pembangunan semula kampung tersebut tidak terjejas susulan perlu mematuhi kriteria pengiktirafan UNESCO.

“Bagi memastikan pembangunan semula Kampung Baru diteruskan sebagaimana dirancang,kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampung Baru sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

“Pengiktirafan UNESCO akan menyebabkan sebarang cadangan pembangunan Kampung Baru tidak dapat diteruskan kerana pengiktirafannya mempunyai beberapa kriteria yang perlu dipenuhi dan setengahnya tidak padankan dengan ciri semasa Kampung Baru”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Salak, Jamaludin Yahya berhubung cadangan kerajaan untuk menjadikan Kampung Baru di Kuala Lumpur digazetkan sebagai tapak warisan  UNESCO.

Sebaliknya, Kampung Baru akan dipromosikan sebagai bandar Melayu di Kuala Lumpur selaras dengan Akta Perbadanan Kampong Bharu 2011 atau Akta 733.

Jelasnya, setiap perancangan pembangunan di Kampung Baru akan melibatkan penyertaan bersama pemilik tanah dan pihak berkepentingan dengan penekanan terhadap pembangunan yang berupaya meningkatkan sosial ekonomi.

“Kampung Baru akan dipromosikan sebagai bandar Melayu didalam Kuala Lumpur selaras dengan Akta Perbadanan Kampong Bharu 2011 atau Akta 733.

“Ia selaras dengan visi pelan induk pembangunan Kampung Baru 2040 iaitu kampung baru sebagai pusat perdagangan dan penempatan inklusif di Kuala Lumpur”, jelasnya.

Kampung Baru Kuala Lumpur adalah perkampungan Melayu terbesar di ibu kota dan diwartakan pada tahun 1900.

Keluasan asalnya ialah 90 hektar bersamaan 172 padang bola sepak yang sarat dengan warisan budaya dan sejarah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini