comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender – Anwar

FOTO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan November 2022 di Putrajaya.

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya tata kelola pentadbiran kerajaan baharu tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Beliau memberi jaminan Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan mengizinkan sebarang kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

“Soal perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini tidak boleh lagi terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.

Ini tidak boleh lagi dan harus berlaku di semua peringkat.

“Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menggesa dan mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan ini,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan di Dataran Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Loading...
Terkini