comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada lagi pegawai JPJ dalam kenderaan ketika ujian memandu e-testing

KAJANG: Kementerian Pengangkutan melancarkan projek perintis sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-testing’ hari ini yang membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara masa nyata sekali gus meningkatkan integriti proses penilaian.

Foto hiasan

“Bagi penggunaan sistem terbabit, institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon memilih menggunakan pengujian secara e-testing akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri), melihat kenderaan ujian e-testing ketika mengadakan Lawatan Kerja Pelaksanaan Inisiatif Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (e-testing) di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn Bhd, Jalan Ulu Langat. – FOTO: NSTP

“Calon ujian juga akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian selain mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.

“Bagaimanapun, buat permulaan calon diberi pilihan untuk menjalani ujian manual atau e-testing,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja pelaksanaan inisiatif e-testing di Institut Memandu Surfine Hitech, Hulu Langat di sini, hari ini.

Projek perintis e-testing dimulakan di tiga institut memandu di IM Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi, Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pelaksanaan sistem e-testing membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada iaitu kira-kira 150 calon pada satu hari.

Malah, beliau berkata, jumlah pegawai penilai JPJ yang bertugas di satu institut memandu juga boleh dikurangkan kepada dua orang berbanding enam orang ketika ini.

Katanya, sistem itu dapat meningkatkan integriti, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.

“Kita mengalakkan semua institut memandu untuk menawarkan ujian memandu berasaskan e-testing. Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada institut memandu bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah e-testing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini