comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada lagi penangguhan babitkan projek pembangunan Kampung Sungai Baru

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya projek pembangunan Kampung Sungai Baru di ibu negara tidak lagi ditangguhkan selepas hampir lima tahun tergendala.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengesahkan perkara itu berkata, perkembangan itu dimaklumkan kepada beliau bulan lalu menerusi Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Foto: NSTP

“PMO sebelum ini sudah memberikan penangguhan sehingga 31 Oktober. Sekarang Oktober dah habis, masuk November, no more extension (tiada lagi penangguhan), pemaju kena selesaikan.

“Jadi sekarang ni kena cari tempat lah. Diaorang ni dalam masa satu dua bulan ni kena selesaikan lah (pemaju). Saya berterima kasih kepada PM kerana beliau bersetuju bahawa tidak ada lagi extension, ” katanya.

Menurut Datuk Seri Johari, pembangunan di kawasan itu tergendala berikutan terdapat lima peratus pemilik pangsapuri belum berpindah, manakala 95 peratus sudah berpindah dan menunggu rumah baharu daripada pemaju.

Difahamkan lima peratus pemilik yang tidak bersetuju kini sedang menyelesaikan isu berhubung pampasan di mahkamah.

“Sekarang ni isu dia ialah developer telah salah dalam membangunkan semula projek ini. Dia suruh semua orang pindah walaupun dia tidak dapat kelulusan 100 peratus dia sepatutnya tunggu dulu tapi dia dah pindahkan orang pada ketika itu. Kalau boleh kita nak developer ni siapkan segera projek ini.

“Kalau pergi tempat tu sekarang ni dia dah jadi sarang penagih dadah, kemudian dia banyak tikus, wayar, besi itu sebab saya cakap kita kena ada developer yang mempunyai sikap tanggungjawab”, katanya.

Beliau ditemui media sempena majlis penyampaian sumbangan Deepavali di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri ibu negara hari ini.

Seramai 700 komuniti India di Parlimen Titiwangsa menerima kuih raya dan wang tunai berjumlah RM100.

Februari lalu, penduduk Kampung Sungai Baru menyerahkan memorandum supaya kerajaan membatalkan penangguhan projek pembangunan kawasan itu seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majoriti penduduk mahu pembangunan semula kawasan itu yang tertangguh sejak enam tahun lalu diteruskan.

Isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru membabitkan 67 unit rumah teres dan 14 blok pangsapuri dikenali sebagai Pangsapuri Sungai Baru dengan proses pengambilan tanah bermula sejak 2016.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini