comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada maklumat berhubung ‘Perintah Tambahan’ tahanan rumah Najib – Saifuddin Nasution

Oleh: Amirulhakim Lokman

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui beliau tiada maklumat dan tidak melihat berhubung “dekri tambahan” untuk membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara 6 tahun di bawah tahanan rumah.

Namun beliau mengakui menerima surat daripada peguam, Tan Sri Shafee Abdullah serta isi kandungannya hanya mengenai apa yang disebut di mahkamah.

“Saya telah menerima surat daripada Shafee pada minggu lepas (iaitu) beberapa hari lepas. Saya tiada maklumat berkaitan dokumen tambahan,” katanya dalam sidang media di Kompleks Setia Perkasa di sini.

Tambahnya, beliau akan menjawab surat Shafee dalam masa yang ditetapkan dan enggan mengulas lanjut.

“Saya pun tidak tahu. Hari ini pun saya ikuti dalam laporan berkaitan addendum (dekri tambahan) dan segala macam. Sudah tentu saya akan respon bila sampai masa, apa perkara dalam pengetahuan kita,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah adendum oleh Yang Dipertuan Agong ke-16, supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan di rumah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini