comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada pembatalan kelulusan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary oleh mantan Menteri Kewangan atau mana-mana pegawai – MOF

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menegaskan tiada sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary dibuat  melalui mantan Menteri Kewangan atau pegawai-pegawainya.

Seperti yang dijelaskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Parlimen pada 21 Mac 2023, Yayasan Albukhary telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal.

Kementerian Kewangan juga ingin memandang serius tuduhan palsu dalam media sosial yang mendakwa mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan surat pembatalan tersebut telah ditandatangani oleh pegawai Kementerian Kewangan.

Satu laporan polis akan dibuat atas dakwaan palsu ini.

Loading...
Terkini