comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada pengurangan bayaran saman JPJ

KUALA LUMPUR: Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini selama 3 hari, tidak menawarkan sebarangan pengurangan bayaran saman.

Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, JPJ Kuala Lumpur, Azharul Izwan Puaadi berkata, kaunter tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain termasuk pembayaran saman yang masih aktif dalam tempoh 30 hari, pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan.

Diskaun saman sehingga 50 peratus sebaliknya ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pembayaran hanya boleh dilaksanakan di tapak program.

Perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi agensi penguatkuasa tersebut.

Azharul Izwan ditemui media di kaunter JPJ yang memaklumkan, selepas sejam dibuka, topi keledar percuma yang disediakan sudah habis diedarkan kepada pengunjung.

Kebanyakan mereka mula beratur di lebih 10 kaunter yang disediakan sejak jam 7.30 pagi walaupun sudah dimaklumkan bahawa ia hanya dibuka pada jam 9 pagi.

“Untuk program selama tiga hari ini, kita sediakan sebanyak 3,000 topi keledar, ini bermakna untuk sehari kita hadkan kepada 1,000 sahaja.

Kebanyakan daripada pengguna menggunakan topi keledar mereka sehingga span di dalamnya mula menipis, ini menyebabkan walaupun topi keledar itu diikat namun ia masih longgar serta berisiko sekiranya berlaku kemalangan,” jelasnya.

Loading...
Terkini