comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terkorban dalam insiden rempuhan Itaewon

Lokasi kejadian rempuhan di daerah Itaewon, Korea Selatan. – FOTO EPA

Oleh: Farith Zahir

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada warganegara Malaysia terkorban kecuali seorang cedera dalam insiden rempuhan di Itaewon, Republik Korea.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan kementerian berkenaan.

“Terdapat seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Menurut kenyataan itu, pihak kedutaan juga telah menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahcara urusan perjalanan ibu dan bapa beliau ke negara berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden tersebut dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.”

Sebelum ini tular di media sosial kononnya seorang rakyat Malaysia terkorban dalam tragedi pesta Halloween yang sehingga kini telah meragut lebih 150 nyawa.

Loading...
Terkini