comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan pengganas di Turkiye – Wisma Putra

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dengan serangan pengganas di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye Turkish Aerospace Industries (TAI), tegas Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Katanya, ketika ini Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau rampat perkembangan serangan itu dan meminta rakyat Malaysia yang berhampiran dengan lokasi serangan untuk mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan berkenaan. Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk kekal tenang, waspada dan mengikut perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” ujar kenyataan itu.

Pada masa sama, Wisma Putra memaklumkan rakyat Malaysia di Turkiye boleh memohon bantuan konsular dengan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara di talian +(90) 312 44635 47/48 atau atau pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul di talian +(90) 212 98910 01/09.

Terdahulu, lima individu dilaporkan maut manakala 22 lagi cedera dalam serangan pengganas di TAI pada Khamis.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata dua penyerang telah dibunuh, manakala dua lagi dilaporkan kritikal.

Menurut Ali, serangan itu berkemungkinan didalangi anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini