MACHANG: Siasatan awal pihak polis mendapati tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kejadian kebakaran dikesan susulan letupan dan gegaran kuat berlaku di Machang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lebih kurang jam 1.30 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat daripada seorang individu yang terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah jet ketika berada di beranda rumahnya di Kampung Kelaweh.
Katanya, pada jam 9.15 pagi tadi juga, pihak polis mengesan beberapa komen di Facebook berkait satu letupan dan gegaran yang kuat telah berlaku dan isu berkenaan menjadi viral.
“Justeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) Machang dan PDRM Kelantan amnya menasihati orang ramai untuk tidak membuat spekulasi yang boleh mengusarkan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.