comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiada wanita lain, saya masih menyayangi Fazura – Fattah

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Pelakon, Fattah Amin mengakui masih sayangkan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin, sekaligus menafikan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinannya, sehingga menyebabkan isterinya, memfailkan penceraian.

Fattah,33, juga mengakui terkejut dengan berita Fazura memfailkan penceraian, yang hanya diketahuinya melalui media sosial.

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.

“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini malah tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (Fazura),” katanya kepada Harian Metro.

Bapa kepada seorang cahaya mata perempuan itu berharap orang luar dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isu keretakan rumah tangganya dapat diselesaikan secara tenang .

“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.

“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” katanya.

Sebelum ini timbul spekulasi mendakwa Fattah curang bersama penata gaya tudung yang dikatakan rapat dan kerap dilihat bersama isterinya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, pengawal peribadi aktres itu turut mendedahkan kewujudan ‘penyondol’ yang menjadi pencetus konflik itu.

Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini