comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiada yang nak disorok, Zafrul sedia beri kerjasama

Kuala Lumpur: Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sedia beri kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dipanggil untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.

“Saya masih belum menerima sebarang panggilan daripada SPRM jika dipanggil saya akan beri kerjasama”, katanya kepada media di Majlis pelancaran jenama kereta elektrik (EV) BYD.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) turut menjelaskan tiada apa yang disorokkan dan tiada isu yang timbul.

Semalam media melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin serta Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.

Laporan portal berita The Vibes yang memetik sumber berkata siasatan SPRM itu susulan laporan yang diterima daripada beberapa pihak yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana negara ketika pandemik itu melanda negara mulai 2020.

Loading...
Terkini