comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiang tumbang lori heret kabel, penunggang motosikal maut

Insiden sebuah lori tersangkut pada kabel sebelum mengheretnya sejauh beberapa meter dari lokasi asal, sehingga menyebabkan beberapa tiangnya tumbang ke tengah jalan raya di Asajaya, hari ini. – FOTO: JBPM

ASAJAYA: Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar tiang kabel yang tumbang ke tengah jalan, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.15 petang tadi yang dipercayai berpunca daripada insiden sebuah lori tersangkut pada kabel berkenaan sebelum mengheretnya sejauh beberapa meter dari lokasi asal.

Katanya, kejadian itu menyebabkan beberapa tiang kabel berkenaan tumbang ke tengah jalan.

“Salah satu tiang terbabit dipercayai dilanggar mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Thian Joon Jee, 74.

Susulan itu, katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya bertindak memotong kabel yang menghalang laluan terbabit serta mengalihkan tiang-tiang yang tumbang ke tepi jalan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini