comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Tidak ada jadual tetap Lembaga Pengampunan bersidang’

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan tidak mempunyai jadual tetap untuk bersidang bagi membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan yang difailkan Datuk Seri Najib Razak untuk diampun dan dibebaskan daripada penjara.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, ketika ditanya mengenai tarikh persidangan Lembaga Pengampunan yang seterusnya, hanya menjawab ‘tidak ada jadual tetap’.

Semalam, Lembaga Pengampunan yang bersidang tidak membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan yang difailkan bekas Perdana Menteri itu, untuk diampun dan dibebaskan daripada penjara.

Sementara itu, peguam Datuk M Reza Hassan, berkata kebiasaannya proses atau prosiding Lembaga Pengampunan akan dilangsungkan secara ‘halus’, yang mana persidangan tidak diuar-uarkan.

Mengulas jadual persidangan Lembaga Pengampunan, Reza berkata, perkara itu ada kalanya bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai contoh, pada 2018 ketika Yang di-Pertuan Agong mahu memberikan pengampunan, baginda terus memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ketika itu Lembaga Pengampunan terus bersidang, walaupun ketika itu Peguam Negara sedang bercuti,” katanya.

Tahun lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu, Tan Sri Azhar Azizan Harun, dalam kenyataan media, berkata Najib sudah memfailkan petisyen pengampunan dan memaklumkan menerima serahan beberapa dokumen, antaranya salinan permohonan pengampunan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, bertarikh 1 September tahun lalu.

Loading...
Terkini