comscore
Tumpuan :
Nasional

Tidak ada wartawan ditangkap, surat khabar ditutup – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil

Oleh:  Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersifat terbuka dalam menerima sebarang kritikan daripada mana-mana pihak.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, buktinya sepanjang tempoh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan memerintah, tidak ada pengamal dan syarikat media yang ditangkap atau ditutup.

“Sepanjang Tambun mentadbir Kerajaan Perpaduan hari ini, tidak ada seorang wartawan yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa, tidak ada satu surat khabar yang telah ditutup. Tidak ada apa-apa tindakan.”

“Sekarang ini lebih terbuka. Itu adalah komitmen pihak kerajaan, komitmen Tambun, maka kita akan kekal (bersifat terbuka),”

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia susulan pertanyaan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menyuarakan pertanyaan mengenai kenyataan lapan veteran media tempatan yang menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Mereka dalam kenyataan bersama sebelum ini meluahkan kebimbangan itu apabila MCMC sejak akhir-akhir ini dilihat sering memanggil pengamal media untuk memberikan penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.

Sebelum ini, berdasarkan laporan Reporters Without Borders (RSF) Malaysia berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berbanding tangga ke-133 tahun lepas.

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia meningkat 40 anak tangga dengan mencatat 62.83 mata berbanding tahun sebelumnya pada kedudukan 113 dengan 51.55 mata.

Loading...
Terkini