comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Tidak ada yang perlu dikenangkan lagi – Mat Sentol

 

Oleh Aslina Abu Bakar

LARKIN: Walaupun lama menyepi dalam dunia seni namun nama pelakon legenda, Mat Sentol yang kini berusia 94 tahun masih meniti dibibir peminat.

Dikenali dengan lakonan pecah panggung dan lawak bersahaja, pelakon veteran ini sering sahaja buat peminat tak kering gusi.

Baru – baru ini pelakon dan pelawak veteran itu viral di media sosial, malah rata-rata peminat ingin tahu apa agaknya khabar beliau.

Mat Sentol atau nama sebenar Mat Sentol, Abd Rashid Yahaya.

Kami berkesempatan ke kediaman Mat Sentol atau nama sebenar Mat Sentol, Abd Rashid Yahaya bertempat di Larkin, Johor Bahru.

Apa pun bagi Mat Sentol, cintanya dalam dunia seni sudah sampai ke penghujungnya.

Jelasnya, dia kini hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga dan dijaga anak lelakinya, Roslee Rashid.

“Sudah tidak ada yang hendak dikenang, saya tak pernah kecewa tak pernah sedih, siang malam riang ria, apa nak buat saya akan buat,” katanya ringkas.

Walaupun ketika zamannya itu teknologi agak terbatas, sisi kreatif di luar kotaknya telah berjaya mencipta pelbagai teknik-teknik khas untuk menghasilkan filem lebih bermutu.

Kepakaran seninya juga terserlah dengan kebanyakan peralatan pentas atau props pelik dan unik digunakan dalam filem lakonan dan arahannya adalah hasil rekaannya sendiri.

Sementara itu, cucu sulungnya, Rosmihardy Rosman, 43, berkata tahap kesihatan datuknya sedikit merosot selepas dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat demam panas.

Prihatin dengan tahap kesihatan Mat Sentol, Majlis Agama Islam Johor, tampil dengan bantuan RM10,000 diperuntukkan bagi menyediakan keperluan pelakon veteran ini antaranya kerusi roda, katil, pampers dan perubatan.

Antara filem yang menjadi fenomena ketika zaman kegemilangannya sekitar 1956 hingga 1988 adalah Mat Magik, Mat Bond, Mat Toyol, dan Mat Tiga Suku.

Loading...
Terkini