comscore
Tumpuan :
Nasional

Tidak Boleh Terbangkan Dron Pada Sambutan Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan orang awam tidak dibenarkan menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada Sambutan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.

Katanya, perkara itu juga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin akan membabitkan aspek keselamatan orang awam.

“Selain itu, ia dikhuatiri mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sedang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan sekitar.

“Orang ramai diingatkan semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya di Facebook rasminya hari ini.-Harian Metro

Loading...
Terkini