comscore
Tumpuan :
Nasional

Tidak perlu kuarantin rumah

KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk guru, yang mahu memasuki Sarawak dari Sabah atau Semenanjung, tidak perlu dikuarantin 14 hari di rumah.

Ia berikutan semua perjalanan merentas negeri sudah dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata rakyat Malaysia kini bebas untuk bergerak merentas negeri di seluruh negara.

“Mungkin pada peringkat awal ketika diumumkan, keadaan tidak mengizinkan, maka perlu ada kuarantin di rumah di sana.

“Namun sekarang, keadaan di Sabah dan Sarawak sudah terkawal, tidak ada lagi isu seperti dulu… kes banyak dan sebagainya.

“Oleh itu, rentas negeri di seluruh Malaysia termasuk dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak, tidak perlu kuarantin di rumah secara wajib seperti dulu lagi,” katanya pada sidang media, di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini