comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga beradik terbunuh dalam kemalangan di Rompin

Oleh: Fazli Ahmad

ROMPIN: Tiga beradik lelaki terbunuh dan seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan kren di Kilometer 136, Jalan Kuantan – Johor Bahru, dekat Kampung Sepakat, di sini.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 7:20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar ketika dihubungi buletintv3.my berkata ketika kejadian lori jenis Toyota Hiace itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Johor Bahru.

Tiba di tempat kejadian lori itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah kren.

Mangsa yang terbunuh, pemandu lori berkenaan Muhammad Solihin Abu Bakar 21 tahun berasal dari Jalan Sungai Kolek, Rompin; abangnya Muhammad Firdaus, 28 tahun dan adik Ahmad Jazuly, 17 tahun.

Pemandu kren Mohd Termizi Gulam Nabi, 38, cedera parah.

Katanya lagi, semakan polis mendapati cukai jalan kren jenis Nissan Kato tamat pada 12 November 2021 dan pemandunya mempunyai lima saman membabitkan pelbagai kesalahan lalulintas.

Pemandu lori yang terbunuh dalam kemalangan itu tiada lesen memandu.

Semua mayat dihantar ke Hospital Rompin untuk dibedah siasat.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini