comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga beranak hilang dari rumah perlindungan wanita

PETALING JAYA: Tiga beranak dilapor hilang selepas keluar dari sebuah Rumah Perlindungan Wanita di Seksyen 20, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes Orang Hilang pada jam 5.47 petang Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata wanita berkenaan dikenali Nur Aishah Abd Samad, 25 tahun dan dua anaknya iaitu Putri Risha Annur Amsiah Abduk Razzaq, 5 tahun dan Putra Raish Irfan Shah Abdul Razzaq, 3 tahun.

Wanita berkenaan katanya mempunyai ketinggian 169 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit hitam manis dan berambut lurus panjang.

Laporan polis berhubung kehilangan mereka dibuat di Balai Polis Sea Park.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Mohd Safuan Alias di talian 011-10255725 atau 03-7874 2222.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini