comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga buaya ditembak mati di Lahad Datu

Sebahagian anggota pasukan operasi bergambar bersama buaya berukuran 3.4 meter panjang yang ditembak mati di Lahad Datu.

LAHAD DATU: Tiga ekor buaya jantan berjaya ditembak mati dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar di daerah ini, kelmarin.

Salah seekor daripada buaya itu berukuran kira-kira 3.4 meter panjang.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata operasi bertujuan meredakan kebimbangan penduduk daripada ancaman reptilia berkenaan dan pada masa sama mengawal populasinya.

“Semua buaya yang dinaikkan ke darat diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Salah seekor buaya yang ditembak mati di Lahad Datu.

Operasi bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang dan dilakukan di sekitar Jeti PPM Lahad Datu, kawasan laut Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Sungai Sabah Baru, Kampung Puyut, Sungai Sapagaya dan Tabanak.

Menurut Ahmad, operasi turut disertai antaranya pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini