comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga guru dan kakitangan sekolah terdedah tumpahan asid

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Tiga individu termasuk guru dan kakitangan sekolah terdedah kepada tumpahan asid dalam kejadian di Sekolah Menengah Seri Bayu di Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, mereka tidak mengalami sebarang masalah kesihatan susulan tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat yang melakukan nyah cemar ke atas mangsa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.16 pagi berhubung kejadian tumpahan asid di sekolah.

Pasukan Hazmat terdiri daripada 10 anggota dan seorang penyelia serta enam anggota jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi.

“Pemeriksaan mendapati terdapat tumpahan satu botol asid jenis ‘Nitric’ 1 liter di dalam bilik makmal sekolah dan terdapat tiga orang wanita di lokasi.

“Pasukan Hazmat bertindak menjalankan kerja-kerja nyah cemar ‘Decontamination’ asid tersebut menggunakan ‘Soda Ash’ dan ‘Chemical Binder’ di dalam makmal.

“Mangsa yang terlibat telah dineutralisasi dengan menggunakan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa berusia 32 hingga 44 tahun itu kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Loading...
Terkini