comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga keluarga hilang tempat tinggal, rumah musnah dalam kebakaran  

SIBU: Dua rumah di Kampung  Bahagia Jaya Tengah di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.18 pagi.

Katanya, kebakaran terbabit memusnahkan dua buah rumah yang dihuni 13 individu dari tiga keluarga.

“Rumah pertama dengan angaran keluasan 450 kaki persegi terbakar dalam lingkungan 80 peratus, manakala rumah kedua anggaran keluasan 600 kaki persegi terbakar 100 peratus.

“Kebakaran terbabit juga turut memusnahkan masing-masing sebuah kereta dan van serta tiga buah motosikal yang diletakkan di rumah berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, kesemua penghuni rumah terbabit dapat menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecerderaan.

Bomba mengambil masa kira-kira dua jam bagi mengawal dan memadamkan kebakaran terbabit sepenuhnya sebelum operasi itu ditamatkan pada jam 7.45 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini