comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga kilang terbakar, kerja pemadaman giat dijalankan

KLANG: Pasukan bomba dan penyelamat masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran tiga buah kilang di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Klang, Selangor sejak awal pagi tadi.

Kebakaran bermula dari sebuah kilang membuat jentera sebelum merebak ke kilang ais dan kilang kitar semula bahan komputer bersebelahan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.54 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Empat jentera bomba bersama 27 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setakat ini, usaha memadamkan kebakaran masih giat dijalankan dan kebakaran dapat dikawal pada jam 8.11 pagi.

Tiada mangsa dilapor terlibat setakat ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini