comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga lagi PPS dibuka di Perak 

Anggota APM membuat tinjauan di Kampung Ulu Kenderong, Gerik yang dilanda banjir malam tadi. – FOTO: Ihsan APM

TELUK INTAN: Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak bagi menampung jumlah mangsa banjir yang terus meningkat iaitu seramai 269 orang daripada 80 keluarga yang terjejas di empat daerah.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri setakat jam 8 pagi tiga PPS baharu dibuka masing-masing dua buah di daerah Kinta dan sebuah lagi di Hulu Perak susulan hujan lebat berterusan lewat petang semalam.

Hilir Perak masih menjadi daerah paling terjejas dengan merekodkan 142 mangsa (41 keluarga) ditempatkan di dua PPS, diikuti daerah Kerian yang mencatatkan pemindahan 80 orang (23 keluarga) di dua PPS.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 3.81 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50m.

Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula berada pada paras amaran apabila merekodkan bacaan 14.08m (paras amaran bagi Sungai Kinta, 13.75m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini