comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga Negeri Pantai Timur, Perak Dilanda Banjir

Pusat Rekreasi Kalang Warisan yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Empat negeri dilanda banjir iatu Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perak seperti dilaporkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat pagi ini.

Jumlah mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negara membabitkan 792 mangsa daripada 222 keluarga, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Pahang.

Menurut portal itu setakat kemaskini lapan pagi ini, sebanyak 4 PPS dibuka di Pahang membabitkan 346 mangsa daripada 106 keluarga.

Diikuti Terengganu yang dilaporkan jumlah mangsa meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga ditempatkan di 7 PPS manakala di Kelantan 14 mangsa dipindahkan terdiri daripada 3 keluarga di 1 PPS.

Di Perak pula, sebanyak 2 PPS dibuka menempatkan 93 mangsa daripada 22 keluarga.

Laporan lanjut menyusul

Loading...
Terkini