comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga pekerja selamat, lori terbakar di lebuhraya


Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Sebuah lori roro lima tan milik syarikat swasta hangus dalam kejadian di kilometer 30.4 Lebuhraya Sprint menghala Plaza Tol Jalan Duta di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataannya, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran jam 1.10 tengah hari.

Bertindak dengan kejadian, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), jentera ‘water tanker’ (W.Tanker) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 11 orang anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi PBK II Saharuddin Mat Daud , anggaran kemusnahan adalah 100 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik JBPMKL,” katanya dalam kenyataan harini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini