comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga pendaki Malaysia hantar isyarat kecemasan di Gunung Denali

ALASKA, AMERIKA SYARIKAT: Tiga pendaki rakyat Malaysia terpaksa menghantar isyarat kecemasan, setelah seorang daripada mereka cedera dan terperangkap akibat cuaca buruk di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat selasa.

Dua daripada tiga pendaki terbabit dilaporkan menanti pasukan penyelamat di lokasi pada ketinggian kira-kira 5,990 meter, iaitu kira-kira 200 meter dari puncak gunung.

Tiga pendaki berpengalaman itu termasuk dua pendaki Everest Malaysia pada 2013, iaitu Muhammad Illaham Ishak, 47 dan Zainudin Lot, 47 serta pendaki profesional Zulkifly Yusof, 37.

Panggilan dan isyarat kecemasan dibuat pendaki berkenaan menggunakan alat komunikasi satelit pada petang Selasa apabila mereka mengalami masalah untuk turun setelah berjaya menawan puncak Denali, yang juga satu daripada tujuh gunung tertinggi dunia di tujuh benua.

Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia, Muhammad Illaham Ishak

Muhammad Illaham turun berseorangan ke kem lima untuk mendapatkan bantuan pasukan penyelamat untuk membawa keluar dua lagi pendaki termasuk seorang yang cedera di kaki dan mereka menanti untuk diselamatkan di kawasan dikenali dengan nama “Football Field” berhampiran puncak Denali.

Muhammad illaham yang juga Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia ketika dihubungi memaklumkan dia telah diselamatkan dengan helikopter dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan kerana kecederaan reput fros pada bahagian jari tangan dan kaki.

“Pasukan kami berjaya ke puncak dan dalam perjalanan turun ada salah seorang pendaki alami masalah di kaki, kami hantar isyarat kecemasan SOS untuk diselamatkan, oleh kerana puncak berangin saya kena reput fros sedikit dan saya turun dapatkan bantuan pihak renjer di kem 5.” katanya.

Katanya, dia dimaklumkan pihak penyelamat dan perubatan sudah bersama dua pendaki terbabit, dan mereka sedang menunggu cuaca yang sesuai untuk helikopter terbang dan membawa mereka keluar.

Tiga pendaki berkenaan dalam Misi Ekspedisi Madani 7 Puncak Tertinggi di 7 Benua yang bermula 12 Mei hingga 15 Jun 2014.

Denali adalah dua gunung terakhir selain gunung Vinson Maasif di benua Antartika yang perlu ditawan untuk melengkapkan cabaran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini