comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga pengarah syarikat ditahan SPRM buat tuntutan palsu

Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim

PETALING JAYA: Tiga pengarah syarikat termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000 bagi urusan berkaitan kerja-kerja keselamatan dan pembersihan membabitkan sebuah syarikat.

Menurut sumber, dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 53 dan 58 tahun serta seorang wanita berusia 65 tahun ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang berkhidmat sebagai pengarah syarikat dipercayai telah membuat tuntutan palsu bagi tempoh Oktober 2019 hingga Mac 2021 sedangkan kedua-dua kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terbabit .

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek lelaki akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor jam 9 pagi esok untuk mendapatkan perintah reman

Manakala suspek wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM RM10,000 dengan seorang penjamin atas faktor usia dan kesihatan.

Loading...
Terkini