comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga premis musnah terbakar di Pulau Perhentian

Sebuah kediaman dua tingkat, sebuah kedai makan beserta stor musnah terbakar di Pulau Perhentian, Besut petang ini. FOTO: NSTP

KUALA BESUT: Sebuah unit kediaman dua tingkat yang mengandungi enam bilik dihuni pekerja sebuah chalet antara tiga premis musnah dalam kebakaran di Pasir Panjang, Pulau Perhentian, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Besut Faizol Ab Wahab berkata dua lagi premis berdekatan yang musnah ialah sebuah kedai makan dan stor barang yang turut dijadikan bilik petugas.

FOTO: NSTP

“Empat anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer dengan menaiki sebuah bot laju sebaik menerima panggilan pada 1.25 tengah hari tadi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebahagian besar premis terlibat telah musnah terbakar dan pasukan bomba seterusnya bertindak memadam sisa-sisa kebakaran menggunakan paip air dan alat pemadam api debu kering sehingga selesai dipadam sepenuhnya pada 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.

FOTO: NSTP

Beliau berkata kesemua individu yang berada di lokasi sempat menyelamatkan diri manakala punca dan anggaran kerugian sedang disiasat.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini