comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga remaja warga asing mangsa pemerdagangan orang diselamatkan

FOTO: PDRM

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Tiga remaja warga asing yang menjadi mangsa pemerdagangan orang dengan dieksploitasi menjadi buruh paksa diselamatkan di sebuah kilang di Sungai Buloh, Selangor.

Hasil serbuan turut menahan 11 pekerja warga asing.

Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan serbuan Op Pintas Bersepadu dijalankan Bahagian D3, JSJ Bukit Aman di sebuah kilang kitar semula memproses komponen elektronik di Sungai Buloh jam 2.30 petang semalam.

Ketika serbuan, semua pekerja sedang melakukan kerja-kerja meleraikan bahan elektronik di dalam dan luar premis.

FOTO: PDRM

Hasil pemeriksaan, pihaknya menyelamatkan tiga remaja warga asing berusia antara 13 hingga 17 tahun.

11 lelaki warga asing termasuk penyelia kilang turut ditahan

Berdasarkan temubual awal, mangsa didapati tidak dibenarkan keluar dan dipaksa bekerja lebih masa.

Mereka dibayar gaji antara RM1,200 hingga RM1,300 sebulan dan perlu bekerja dari jam 9 pagi hingga 9 malam serta kerja 6 hari seminggu.

Pergerakan pekerja juga dikawal kamera litar tertutup (CCTV) serta hanya disediakan tempat penginapan di ruang pejabat.

Semakan mendapati kilang berkenaan beroperasi sejak lebih setahun setengah tanpa lesen.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua tangkapan dan mangsa dibawa ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini