comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga rumah musnah terbakar 70 peratus

Bomba memadam kebakaran tiga rumah teres di Jalan SS 5A/15, Petaling Jaya, hari ini. -FOTO: Ihsan JBPM.

PETALING JAYA: Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di kawasan perumahan di Jalan SS 5A/15 di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.38 petang tadi.

“Dua jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7 dan BBP Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bomba memadam kebakaran tiga rumah teres di Jalan SS 5A/15, Petaling Jaya, hari ini. -FOTO: Ihsan JBPM.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis teres setingkat berukuran 1.85 meter persegi (m³) x 6.5 m³, bangunan kelas A terbakar 70 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 4.15 petang dan dipadam sepenuhnya 15 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Loading...
Terkini