comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga sungai di Terengganu kekal lepasi bacaan paras bahaya

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika meninjau keadaan banjir di sekitar Kampung Bukit Mentok hari ini. NSTP

KUALA TERENGGANU: Tiga sungai di Terengganu kekal merekodkan bacaan melepasi paras bahaya sehingga petang ini.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, sehingga jam 4.30 petang ini mendapati tiga sungai di Dungun, Kemaman dan Kuala Nerus melepasi bacaan paras bahaya.

Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Dungun melepasi paras bahaya apabila merekodkan bacaan 12.79 m.

Dua lagi Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman di Kemaman juga mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu 4.7 m dan Sungai Nerus di Kampung Jeram, Kuala Nerus 4.32 m.

Bagaimanapun, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu merekodkan bacaan di paras amaran dengan iaitu 12.72 m.

Sungai Terengganu di Muzium Negeri, Kuala Terengganu pula mencatatkan bacaan melepasi paras waspada iaitu 1.8 m.

Di Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu juga berada dalam keadaan waspada dengan bacaan 19.72 m.

Loading...
Terkini