comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga tentera maut kemalangan empat kenderaan di Lebuhraya PLUS

Anggota bomba membantu mengeluarkan anggota tentera yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM 77.5 arah utara berhampiran Gurun di Sungai Petani. Foto ihsan BBP Guar Chempedak.

SUNGAI PETANI: Tiga orang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gurun, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata kesemua mangsa yang maut berusia antara 30 hingga 40-an.

Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.22 pagi tadi.

Sepasukan anggota BBP dari Guar Chempedak dan Pendang dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, terdapat tiga trak tentera lima tan dan sebuah lori Isuzu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 77.5 menuju ke arah utara di Lebuh Raya Utara Selatan,” katanya.

Pemandu lori Isuzu cedera di kepala dan badan segera di keluarkan dari kenderaannya dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Punca sebenar kemalangan masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini